G7 : Chamah via Skomad Trail

Negeri:
Kelantan
Tarikh:
2026-05-01
Tempoh:
2 Hari 1 Malam
Masa:
14:00
Jarak:
18 KM
EG:
1600 M
Level:
Moderate
Termasuk:
Guide, Permit, Insurans, Sweeper, Kopi, Snack Pack, Four Wheel
Tentatif
Yay! G7 ke 6 bagi aku adalah Gunung Chamah! Gunung ke 5 tertinggi di Semenanjung Malaysia.
Apa yang menarik Gunung Chamah ni lokasi nak hiking tu berada jauh pendalaman dikawasan orang asli Gua Musang, Kelantan.
Pada tengah hari 1 Mei 2026, Kami mula berkumpul di Masjid Kuala Betis kemudian kena menaiki powil sejauh 60km ke Dakota Campsite.
Kami mula naik powil dalam jam 12 tengah hari dan tiba di campsite jam 4 petang.
Setup khemah.. masak dan makan.. pastu kami rehat dan cuba tido.. tapi masing masing memang tak dapat nak tido pun..
2 Mei 2026, jam 12 tgh malam kami mula kumpul dn start mendaki Gunung Chamah
Kami tiba di puncak antara jam 7.30 – 9 pagi.
Jam 10 pagi kami mula turun dan tiba di campsite semula antara jam 1-4 petang. Lepas kemas khemah semua.. kami pun mula bertolak pulang… sebab hujan powil jadi licin dan bahaya jadi perjalanan kami delay .. jam 11 malam barulah kami semua tiba ke Masjid Kuala Betis semula.
Alhmdulillah semuanya selamat
Tahniah semua dan terima kasih guide kami Muaz & Bidin yang jaga kami dengan baik sekali.
Pengalaman hiking kat sini sangat berharga sangat. Setiap gunung cabaranya sangat berbeza itulah yang membuatkan kenapa aku cintakan dunia hiking ni
jumpa lagi di next puncak bersama Kacang Club



