Kacang Club ialah sebuah komuniti untuk peminat aktiviti luar yang berkongsi minat dalam pendakian, alam semulajadi, dan cabaran. Kami meneroka pelbagai laluan—dari trek hutan hingga ke puncak gunung—sentiasa mencari pengalaman baru dan memori yang bermakna. Sama ada pendakian santai di hujung minggu atau misi menawan puncak yang mencabar, kami percaya pada semangat kebersamaan, saling menyokong, dan berseronok sepanjang perjalanan.
Di Kacang Club, semua orang dialu-alukan—daripada pendaki pemula yang baru ingin mengenali alam, sehinggalah kepada pendaki berpengalaman yang mencari cabaran seterusnya. Sertai kami untuk menyemarakkan semangat kembara, membina persahabatan, dan menghargai keindahan alam semulajadi bersama-sama.
Untuk pertanyaan trip atau request trip boleh isi borang hubungi kami
🥜TikTok Kacang : https://www.tiktok.com/@kacang.club
🥜Facebook Kacang : https://www.facebook.com/kacangclubkc
🥜Wikiloc Fza (for gpx) : https://loc.wiki/u/10306632?wa=uc
🥜Group Wasap Official Kacang :
https://chat.whatsapp.com/K9PNf6u34GxE5ArTQmYcdY
🥜 Santai Kacang ~Group Trip bersiri kami yang dilaksanakan sesuai untuk newbie/beginners boleh join group :
https://chat.whatsapp.com/BecV6Kcrk029yH7iOSolWh
SEJARAH KACANG CLUB
Cerita Kami Segalanya bermula pada satu malam yang tenang ketika bulan Ramadan tahun 2025.
Tiada mesyuarat formal, tiada kertas kerja. Yang ada hanyalah sekumpulan sahabat, unggun api perkhemahan (camping), dan suasana moreh yang penuh gelak ketawa. Sambil rancak bersembang dan mengunyah kacang, timbul satu idea spontan untuk menubuhkan satu komuniti hiking yang unik.
Dari sekadar gurauan santai sambil makan kacang, lahirlah Kacang Club. Nama yang sempoi, tapi membawa semangat yang besar.
Siapa Kami Hari Ini? Kini, Kacang Club bukan sekadar nama makanan ringan. Ia adalah simbol komuniti hiking yang aktif menawan trek di seluruh Malaysia.
Fokus kami jelas: Kami mahu raikan semua orang. Tak kira anda newbie yang baru nak beli kasut hiking pertama, atau hiker extreme yang dah biasa ‘tapaw’ puncak G7, tempat ini adalah untuk anda.
Di sini, kami percaya setiap pendakian bermula dengan langkah pertama. Disulami dengan semangat setia kawan, semua cabaran itu akhirnya akan jadi ‘Kacang Jer!’
