TAHNIAH SEMUA! FIGHTER SUB-24 TRANS SPENCER CHAPMAN MEMANG KENTAL & PADU!
Seramai 21 orang line-up bersama 3 orang guide telah memulakan cabaran epik Trans Spencer Chapman tepat jam 3:00 pagi pada 18 April 2026. Perjalanan yang menguji mental dan fizikal, tapi semangat semua luar biasa!
Kronologi Perjalanan Kami:
Permulaan Trek: Seawal pagi kami terus dihidangkan dengan river crossing yang tak terkira banyaknya. Kasut memang dah basah dari awal! Selepas 2 jam 30 minit meredah kegelapan, kami tiba di Kem Sungai Tigok untuk berehat sebentar dan solat Subuh.
Gunung Bah Gading (1,621m): Kami mula tiba di puncak pertama ini sekitar jam 8:30 – 9:00 pagi. Kami regroup dan sarapan untuk kumpul tenaga semula sebelum meneruskan misi.
Gunung Kak (1,848m): Perjalanan diteruskan melepasi Kem Spencer Chapman (yang menjadi nama rasmi trans ini!). Selepas itu, kami menuju ke Kem Kak dan berjaya menawan puncak Gunung Kak sekitar jam 4:00 petang.
Gunung Batu Putih (G8 – 2,132m): Melalui Kem Core, kami tiba di puncak terakhir ini antara jam 6:30 hingga 7:20 malam. Alhamdulillah, segala lelah terbayar bila dapat layan pemandangan sunset yang cukup memukau! Kami rehat sekejap, tarik nafas, dan terus push untuk turun.
Berkenaan trek menurun Gunung Batu Putih… ia memang bukan satu tugas yang mudah! Team pertama selamat tiba di titik penamat pada jam 1:30 pagi, dan team terakhir melabuhkan tirai ekspedisi pada jam 3:30 pagi.
Kebanyakan daripada kami berjaya melepasi sasaran Sub-24, namun ada beberapa rakan hiker yang tersasar lewat sekitar 30 minit dari target asal. Walaupun tidak semua mendapat perfect Sub-24, tapi kami sangat berpuas hati! Masa bukan segalanya—yang paling mahal adalah semangat setia kawan yang utuh. Kami berjaya regroup di setiap puncak dan sentiasa support antara satu sama lain. Teamwork anda semua memang terbaik! ![]()












