Pintu Wang Gunung merupakan antara hiking spot yang menarik untuk para pengemar trip pedakian di Negeri Perlis. Pintu Wang Gunung ini juga menawarkan pemandangan yang cantik disamping bentuk batu kapur yang unik dan menarik. Selain itu bagi yang mahu mencuba trek berbatu, hiking Pintu Wang Gunung juga seharusnya dimasukkan ke dalam list anda.
Maklumat umum Pintu Wang Gunung :
Ketinggian : 499.1m
Jarak Pendakian : 5KM (2hala)
Tempoh Pendakian : 6 – 7 jam
Pintu Wang Gunung ini juga termasuk dalam hutan simpan, oleh itu setiap pendakian mestilah melalui Malim Gunung Negeri Perlis serta mendapatkan Permit Hutan Simpan dari Pejabat Perhutanan Negeri Perlis.

Baiklah mari kita tengok lebih lanjut mengenai Pintu Wang Gunung. Dibawah ni merupakan lokasi meet point dan starting point untuk mendaki Pintu Wang Gunung.
https://share.google/5mudohUSSU4puJzMY

Selalunya pendakian dimulakan se awal jam 3:30 pagi ataupun pada jam 7:00pagi. Untuk dapat sunrise, selalunya pendakian bermula pada jam 3:30 pagi. Tempoh untuk sampai ke puncak pula ambik masa antara 2jam sehingga 3 jam.
Awal perjalanan, lebih kurang 1km pertama trek biasa sahaja dan kita akan melalui kawasan dusun.

lepas berpeluh lebih kurang 30 minit maka baru lah start pendakian yang sebenar iaitu kita kena melalui trek yang curam dan memerlukan bantuan tali. Kalau cuaca panas tak ada masalah sangat tapi kalau musim hujan trek disini akan jadi lebih licin.

Lepas bersusah payah di sini dan jumpalah CP Pertama iaitu CP1.


lepas tu korang akan melalui trek berbatu sehinggalah ke puncak.. ada yang menurun.. ada yang menaik.. ada yang memanjat.. yang tu korang kena alami sendiri.. tak kan nak kongsi semua pulak ye tak??..


dekat CP 5 korang akan jumpa batu sempadan yang besar, sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Lepastu tu korang kena hadap sehinggalah Cp last CP14 yang berada di Puncak Pintu Wang Gunung.

Kat puncak boleh lepak tunggu sunrise dan bergambar sepuasnya… macam gambar gambar kat bawah ni…









dalam jam 8-8:30 pagi maka kami akan berkemas dan mula turun semula tempoh turun antara 1jam 30 minit hingga 2 jam.



Ok sampai disini cerita pasal Pintu Wang Gunung Perlis. Kalau berminat nak hiking boleh hubungi Fiza di talian 010-7714774 yang merupakan MGP Negeri Perlis.
Korang juga boleh juga contact admin kacang untuk set date pendakian korang bersama Kacang Club.
sampai jumpa lagi di entri yang lain lagi.. bye.




